Dalai Lama ke-13
Dalai Lama ke-13

Dalai Lama ke-13

Ngawang Lobsang Thupten Gyatso Jigdral Chokley Namgyal, disingkatkan kepada Thubten Gyatso[1] ialah Dalai Lama ke-13 di Tibet,[2] yang memegang gelaran ketika zaman kejatuhan Empayar Qing yang huru-hara. Beliau dikenali kerana mengisytiharkan kemerdekaan Tibet, dan usaha reformasi serta pemodenan setempat.Pada tahun 1878, beliau diiktiraf sebagai penjelmaan semula Dalai Lama. Beliau diiringi ke Lhasa dan diberi ikrar prabaharu oleh Panchen Lama, Tenpai Wangchuk, dan dinamakan "Ngawang Lobsang Thupten Gyatso Jigdral Chokley Namgyal".[3] Pada 1879, beliau ditabalkan di Istana Potala, tetapi tidak memegang kuasa politik sehingga tahun 1895, [4] selepas beliau mencapai kematangan.Thubten Gyatso ialah seorang reformis intelektual dan ahli politik yang mahir. Beliau bertanggungjawab dalam menentang ekspedisi British ke Tibet, memulihkan disiplin dalam kehidupan monastik, dan menambah bilangan pegawai awam untuk mengelakkan kuasa berlebihan dalam kalangan para sami.